Port healing tepi pantai
Port lepak dengan kawan-kawan
Beriadah bersama keluarga
Santai
Suasana yang dingin tentunya lebih sempurna dengan secawan kopi yang menyegarkan. Di D'Ulek Pandak, kami percaya bahawa pengalaman menikmati kopi yang menyegarkan akan melengkapkan setiap detik yang berlalu. Selain memberi ruang kepada peniaga untuk menawarkan menu-menu istimewa mereka, kami juga mempersembahkan kopi yang unik dan sedap! Kopi ini pasti memberikan kenikmatan yang tidak ternilai, apatah lagi apabila dinikmati sambil merasai angin malam yang menenangkan dan deruan ombak yang memukau. Nikmatilah kesegaran kopi sejuk kami, sambil meresapi setiap detik di D'Ulek Pandak. Sedap do'ohh ~
Kolaborasi bersama UiTM.
Aktiviti sepanjang moreh.
alunan merdu seruling
bual bicara ihya ramadan
jualan pelbagai juadah
malam penutup
Bagi meraikan semua pengunjung yang hadir, D'Ulek Pandak mengadakan malam penutup yang meriah. Pelbagai aktiviti menarik yang turut diselit seperti cabutan bertuah, pertunjukan silat, dan pertunjukan bunga api.